Sunday, June 22, 2014

UNIT 31 MENGHORMATI TEMPAT BERIBADAT, AMALAN MULIA

Nilai:  Kebebasan Beragama
Penerangan nilai:  Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

1.            Perkara yang terkandung dalam perlembagaan berkaitan dengan kebebasan agama ialah:
-Sungguhpun Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agama masing-masing. 
-Setiap orang juga berhak untuk mengembangkan agamanya tetapi undang-undang negeri boleh mengawal/menyekat pengembangan apa-apa agama,iktikad atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam
-Kebebasan diberi untuk menjalankan kerja-kerja mubaligh di kalangan orang bukan Islam
2.            Contoh tempat beribadat untuk pelbagai kaum di Malaysia:
a)   Islam-Masjid
b)   Buddha-tokong
c)    Kristian-gereja
d)   Hindu-kuil
e)    Punjabi-Gudwara

3.            Amalan murni yang terdapat di semua tempat beribadat ialah seperti berikut:
a)   menjaga kebersihan diri
b)   menjaga kebersihan persekitaran
c)    berpakaian sopan

4.            Kepentingan menjaga dan menghormati tempat beribadat pelbagai penganut agama ialah:
a)   boleh mengeratkan perhubungan dan persahabatan antara penganut pelbagai agama
b)   menghormati hak kebebasan beragama yang termaktub dalam perlembagaan

5.            Rakyat Malaysia boleh saling membantu dalam menjaga kesucian tempat beribadat masing-masing dengan cara:
a)   mematuhi peraturan rumah-rumah beribadat
b)   memasuki rumah ibadat penganut lain dengan izin

6.            Cara-cara menunjukkan kebebasan beragama dalam kehidupan seharian ialah:
a)   tidak mengganggu rakan yang sedang melaksanakan tanggungjawab keagamaannya walaupun ada urusan
b)   tidak mengadakan mesyuarat/aktiviti penting semasa rakan perlu melaksanakan keagamaan mereka
menyediakan menu yang mengambil kira pantang larang pelbagai agama

UNIT 30 KEBEBASAN MENGIKUT PERLEMBAGAAN

Nilai:  Kebebasan bersuara
Penerangan nilai:  Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman

1.     Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan ialah setiap warganegara mempunyai hak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.

2.     Parlimen dengan undang-undang, boleh mengenakan sekatan yang difikirkan perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan, mengelakkan fitnah atau perbuatan mengapi-apikan supaya dilakukan sesuatu kesalahan.

3.     Mengikut Pindaan Perlembagaan 1971, adalah menjadi suatu kesalahan bagi sesiapa mempersoalkan isu-isu sensitif seperti hal-hal mengenai kewarganegaraan, kedaulatan raja-raja, bahasa kebangsaan dan penggunaan bahasa-bahasa lain bagi maksud yang tidak rasmi.

4.     Rakyat di Negara Malaysia harus peka terhadap isu-isu sensitif ketika menyuarakan pendapat mereka
-untuk mengelakkan kekacauan/huru-hara di kalangan rakyat
pelbagai kaum
-supaya rakyat dapat hidup dalam keadan aman dan damai

5.     Cara pelajar mengamalkan kebebasan bersuara di sekolah ialah:
a)    tidak mengkritik perkara-perkara sensitive seperti agama/kepercayaan pelajar lain
b)    merujuk kepada guru/pentadbir sekolah jika terdapat risalah yang menyentuh tentang isu-isu perkauman di sekolah

6.     Cadangan peraturan yang berkaitan dengan kebebasan bersuara:
a)    tidak boleh menyentuh isu-isu yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan Negara
b)    tidak boleh menghina dan mencaci kebudayaan, adat resam dan cara hidup kaum kain
c)     tidak boleh membuat perhimpunan secara haram terutamanya perhimpunan yang berbaur sentiment perkauman
d)    menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat

7.      Peraturan yang perlu dipatuhi dalam penulisan demi keharmonian masyarakat berbilang kaum ialah:
a)    tidak menyentuh isu sensitif tentang sesuatu kaum
b)    tidak menghina/mencaci kaum lain
c)     mempelbagaikan watak pelbagai bangsa
d)    bertemakan perpaduan/semangat bermasyarakat seperti kerjasama antara kaum

8.     Sebab peraturan tentang kebebasan bersuara dikuatkuasakan ialah:
a)    untuk menjaga keharmonian/keamanan/kedamaian Negara
b)    untuk menjaga perasaan kaum lain
c)     untuk menghormati kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum untuk mengekalkan kestabilan/keselamatan Negara
9.Cara-cara rakyat menyuarakan pendapat mereka sekiranya tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara/isu dengan
      a)menulis surat/laporan kepada wakil rakyat
      b)menghantar surat kepada ruangan media
      c)membuat laporan polis

      d)mendapat permit kebenaran untuk berhimpun


UNIT 29 UNDANG-UNDANG ASAS KESTABILAN NEGARA

Nilai:  Mematuhi peraturan dan undang-undang
Penerangan nilai:  Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada

1.      Kepentingan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ialah:
a)   untuk mengekalkan keamanan Negara
b)   menjamin keselamatan Negara daripada diancam oleh anasir-anasir yang negatif seperti ancaman komunis pada suatu ketika dahulu

2.      Akta Juvana memberi penjagaan dan perlindungan kepada remaja yang melakukan jenayah dengan cara:
a)   meletakkan juvana di bawah penyeliaan Pegawai Akhlak antara satu hingga tiga tahun
b)   memerintahkan juvana dimasukkan ke dalam sekolah-sekolah pemulihan
c)    sekiranya kesalahan yang dilakukan itu tidak begitu serius, pesalah juvana boleh dibebaskan selepas ibu bapa atau penjaga menandatangani bon untuk berkelakuan baik

3.      Seseorang itu perlu mematuhi Akta Cukai Pendapatan kerana pemungutan cukai membolehkan kerajaan memperoleh sumber kewangan yang cukup untuk melaksanakan dasar-dasar pembangunan demi kemakmuran rakyat dan kestabilan Negara.
 
4.      Tindakan yang boleh diambil terhadap individu yang melanggar undang-undang:
a)   ISA 1960-seseorang itu boleh ditahan tanpa perbicaraan
b)   Akta Dadah Berbahaya 1952-hukuman mati mandatory
c)    Akta Cukai Pendapatan-didenda

5.      Kepentingan Akta Dadah Berbahaya ialah dapat menjamin kestabilan Negara dengan cara:
-menakutkan orang ramai untuk mengedar dadah
-memberi keinsafan kepada orang ramai supaya tidak melibatkan diri dengan dadah
-mengelakkan orang ramai terlibat dengan penyalahgunaan dadah supaya produktiviti Negara akan meningkat

6.      Antara kesalahan jenayah yang sering dilakukan oleh remaja ialah mencuri, merompak, merogol, melacur, membunuh dan mengedar dadah.
 
7.      Kesan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh remaja terhadap diri ialah:
-dipandang negatif oleh masyarakat,-masa depan gelap,dipulau oleh masyarakat

8.      Kesan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh remaja terhadap keluarga ialah:
-malu,mengaibkan nama baik keluarga,dipandang hina oleh masyarakat

9.      Kesan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh remaja terhadap masyarakat ialah:
-tidak aman,tidak stabil, keruntuhan akhlak

10.  Kesan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh remaja    
terhadap negara ialah:
-tidak ada generasi pelapis pemimpin Negara, dasar-dasar
kerajaan terbengkalai, mungkin dijajah sekali lagi

11.  Cara-cara untuk mengatasi masalah remaja ialah:
-menitikberatkan pendidikan agama/moral di kalangan remaja
-mengukuhkan institusi kekeluargaan
-kerajaan dan pihak swasta perlu memperbanyakkan aktiviti untuk golongan remaja
-menguatkuasakan undang-undang,contoh Akta Juvana
12.  Kebaikan yang diperoleh apabila remaja mematuhi undang-undang serta tidak terlibat dalam kes juvana dari aspek:
a)   diri
-remaja akan lebih bertanggungjawab dan bermoral
-dapat melahirkan bakal pemimpin Negara berkaliber pada masa hadapan
b)   keluarga
-nama baik keluarga terpelihara
-menjadi contoh dan ikutan oleh keluarga lain
c)    negara
-pembangunan Negara semakin pesat
-negara aman dan harmoni

13.   Peranan pihak berikut dalam memastikan pelaksanaan     
undang-undang Negara secara berkesan
a)   Individu
-mematuhi peraturan dan undang-undang
b)   Masyarakat
-melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui seseorang itu terlibat dalam jenayah
-menjalankan kewajipan untuk mematuhi undang-undang Negara
c)    Kerajaan
-menyemak semula undang-undang yang sedia ada dan membuat perubahan supaya hukuman dijatuhkan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

-menambahkan lagi penalty/hukuman/denda terhadap orang yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan

UNIT 28 PENGGUNA BIJAK, MASYARAKAT SEJAHTERA

Nilai:  Melindungi hak pengguna
Penerangan nilai:  Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi

1.  Sesetengah pengguna mudah dieksploitasi oleh peniaga
     yang tidak bertanggungjawab kerana:
     ~pengguna tidak mengetahui tentang hak dan kewajipan mereka sebagai pengguna
~sikap pengguna yang tidak mengambil berat akan hak-hak mereka
~sikap pengguna yang kurang mengambil tahu tentang fungsi-fungsi sesebuah pertubuhan pengguna

2. Antara contoh yang menunjukkan pengguna telah dieksploitasi ialah:
~pengeliruan dari segi perlabelan tanda halal dan haram pada barangan
~sukatan atau timbanganyang tidak mencukupi seperti yang diminta
~tindakan sesetengah peniaga yang menyorokkan barangan dengan tujuan untuk menaikkan harga barangan tersebut
~membuat perlabelan barangan yang tidak lengkap
~menjual makanan yang tidak berkhasiat dan boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak

3.  Pihak yang bertanggungjawab membela hak pengguna:
~pengguna sendiri, orang awam, pertubuhan pengguna, agensi kerajaan

4.Pengguna dapat memastikan barangan atau perkhidmatanyang diterima berada dalam keadaan baik dan bermutu dengan cara:
~melengkapi diri dengan ilmu kepenggunaan
~menyuarakan pendapat dan menuntut layanan yang adil
~menuntut ganti rugi daripada pemilik kedai yang menjual barangan itu
~membuat aduan kepada persatuan pengguna dan agensi kerajaan

5.Fungsi pertubuhan pengguna:
~membolehkan setiap pengguna memahami hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna sama ada individu,masyarakat dan Negara
~mendidik masyarakat pengguna supaya berilmu dan tahu menggunakan hak-hak mereka sebagai seorang pengguna yang bijak
~mengatur dan menjalankan pelbagai aktiviti ke arah memberi pendidikan kepenggunaan kepada masyarakat

6. Cara pertubuhan pengguna membantu membela hak pengguna ialah dengan:
~menggerakkan aktiviti kepenggunaan melalui kelab-kelab pengguna sekolah menengah
~mengadakan pameran tentang fungsi pertubuhan pengguna dan peranan pengguna
~bertindak sebagai sekretariat tetap iaitu pengguna boleh membuat aduan mengenai isu-isu atau masalah yang berkaitan dengan hal-hal kepenggunaan dan kemudiannya mengemukakan aduan tersebut kepada Majlis Hal-Ehwal Pengguna Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

~mengadakan gerakan seperti ceramah, forum, dialog, seminar,perbincangan, pertukaran serta sebaran maklumat untuk menyampaikan maklumat secara terus dan dapat dimanfaatkan oleh pengguna


UNIT 27 KEISTIMEWAAN YANG MENYERLAH

Nilai:  Menghormati hak golongan kurang berupaya
Penerangan nilai:  Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang upaya supaya mereka tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insane ciptaan Tuhan

1.  Contoh kejayaan golongan kurang berupaya:
a)J.M.Aziz (penyair tanah air)
b)Ismail Mohd.Salleh (ahli akademik)
c)Ahmad Amil Usin (paralimpik)
d)Hellen Keller (aktivitiv kurang upaya)

2.  Sifat-sifat yang mendorong kepada kejayaan golongan kurang berupaya:
~tidak mudah putus asa/ gigih menghadapi cabaran
~dedikasi
~daya usaha
~berfikiran terbuka
~tidak menganggap kecacatan itu sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan

3.  Masyarakat boleh mengiktiraf sumbangan golongan kurang berupaya dengan cara:
~menerima mereka sebagai sebahagian daripada pekerja yang boleh memberi sumbangan kepada ekonomi Negara
~memberi mereka peluang untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diminati
~menyokong pelbagai usaha yang dijalankan bagi menjaga kebajikan dan kemudahan mereka

4.  Layanan yang harus diberi kepada golongan kurang berupaya:
~menjaga hati dan perasaannya
~menghulurkan bantuan apabila mereka memerlukan
5.  Usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dan pihak swasta dalam membantu golongan kurang berupaya untuk mendapatkan kemudahan dan keselesaan ialah:
~kemudahan tandas, kemudahan meletak kereta, sesetengah pejabat diubahsuai untuk pekerja yang kurang berupaya, pendidikan sama ada di sekolah pendidikan khas atau sekolah biasa

6.  Sebab masyarakat perlu menghormati hak asasi golongan kurang berupaya:
~supaya mereka tidak tersisih daripada masyarakat
~supaya golongan kurang berupaya dapat meneruskan kehidupan mereka seperti kehidupan orang yang normal
~untuk memberi layanan yang adil dan sepatutnya sebagai seorang manusia
~supaya mereka boleh hidup berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain untuk meneruskan khidupan

7.  Masih terdapat syarikat yang tidak mahu mengambil golongan kurang berupaya bekerja kerana:
~kurang yakin terhadap keupayaan mereka
~tidak ada kerja yang sesuai dengan jenis ketidakupayaan mereka

8. Cara untuk mengubah sikap negative masyarakat terhadap golongan kurang berupaya:
~memberi maklumat tentang kebolehan golongan kurang berupaya

~melibatkan penyertaan golongan kurang berupaya dalam aktiviti kemasyarakatan supaya masyarakat sedar bahawa golongan kurang berupaya juga boleh memberi sumbangan


UNIT 26 PEKERJA NADI NEGARA

Nilai:  Melindungi hak pekerja
Penerangan nilai:  Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan,jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara

1. Fungsi Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Sumber Tenaga Manusia:
      ~menggalakkan hubungan baik antara pekerja dan majikan
      ~menyelesaikan masalah yang timbul antara majikan dan pekerja
      ~mewujudkan suasana yang harmoni dalam sektor perindustrian
~menjaga kebajikan pekerja dari segi membayar gaji minimum dan menentukan hari kelepasan am
~memastikan pekerja dan majikan mematuhi Akta Pekerjaan
~melengkapi pekerja dengan ilmu dan kemahiran serta kepakaran

2.Peranan Kesatuan Pekerja:
~menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja yang ditindas atau tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara
~menghantar wakil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja dengan majikan mereka
~merujuk kes itu kepada Kementerian Sumber Manusia sekiranya rundingan tidak Berjaya

3.  Hak-hak pekerja yang diperjuangkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa(ILO):
~kebebasan membentuk organisasi
~hak berpersatuan
~menentang kegiatan buruh paksa
~mendapat hak yang sama dari segi layanan dan peluang pekerjaan
4.  Cara menghindari rasa tidak puas hati antara majikan dengan pekerja:
~bersemuka, berunding dan berbincang sekiranya terdapat masalah
~pekerja perlu melaksanakan tugasnya dengan baik sementara majikan perlu mengambil berat akan kebajikan pekerja dan memahami masalah yang dihadapi oleh pekerja
~saling memahami antara pekerja dan majikan

5. Tenaga kerja yang produktif penting dalam pembangunan Negara kerana pekerja sebegini:
~bertanggungjawab-melaksanakan kewajipan dengan baik
~dedikasi-sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk menyiapkan kerja yang dilakukan
~menepati masa-dapat menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang diberikan

6.  Sekiranya majikan melindungi hak pekerja, kebaikan yang akan diperolehi oleh
a)golongan pekerja:
~pekerja akan mendapat gaji dan kemudahan setimpal dengan pekerjaan mereka
~pekerja mudah mendekati majikan apabila wujud masalah
~pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh
~kebajikan pekerja terpelihara dan dijaga dengan baik
~keselamatan pekerja diutamakan

b)syarikat:
~pekerja akan setia atau tidak akan berhenti bekerja
~pekerja lebih produktif
~pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh
~meningkatkan keuntungan syarikat

7.  Cara untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan pekerja:
~memanggil pekerja itu dan meminta penjelasan daripadanya berhubung dengan masalah yang dihadapi
~menasihati pekerja tersebut supaya berubah sikap jika dia bersalah

~memberikan motivasi dan sokongan moral kepada pekerja untuk meningkatkan produktiviti syarikat


UNIT 25 MENGANGKAT MARTABAT KAUM WANITA

Nilai:  Menghormati hak wanita
Penerangan nilai:  Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara

1.  Objektif  Dasar Wanita Negara ialah:
~menjamin perkongsian pemilikan sumber dan
maklumat yang saksama antara lelaki dan wanita
~mengintegrasikan kaum wanita ke dalam sector pembangunan Negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka

2.  Dasar Wanita Negara melindungi hak wanita dari segi perkara-perkara yang berikut dengan cara:
a)pekerjaan
~membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang kenaikan pangkat kepada wanita
~memberi peluang kepada wanita untuk meningkatkan kerjaya masing-masing melalui latihan-latihan
~memberi peluang kepada wanita untuk membuat keputusan penting
~melindungi wanita dari aspek keselamatan di tempat kerja
b)peluang pendidikan
~menekankan peluang pendidikan sepanjang hidup
~memberi peluang kepada kaum wanita untuk terus mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka secara berterusan
~menyediakan peluang-peluang latihan vokasional

3.Cara masyarakat/saya untuk membantu kerajaan merealisasi hasrat Dasar Wanita Negara:
~mengambil bahagian dalam program yang melibatkan usaha untuk mengangkat martabat kaum wanita
~menyokong usaha pelbagai pihak dalam mengangkat martabat kaum wanita
~memberi sokongan moral atau material kepada kaum wanita yang ingin mengangkat martabat mereka

1.        Agensi Bukan Kerajaan yang memainkan peranan untuk meningkatkan penyertaan kaum wanita dalam bidang ekonomi dan sosial:
~Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI)
~Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO)
~Perkumpulan Wanita (WI)
~Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi
Wanita dalam Pembangunan (NACIWID)

2.        Antara permasalahan yang dihadapi oleh sesetengah remaja wanita pada masa sekarang ialah:
~pelacuran,bohsia,penggunaan pil ecstasy,pergaulan bebas,penagihan dadah,lari dari rumah

3.        Punca permasalahan remaja wanita ialah:
~runtuhnya institusi kekeluargaan,kurang kasih sayang dan perhatian daripada keluarga,kurang pendidikan agama/moral,pengaruh rakan sebaya,pengaruh persekitaran, pengaruh media massa

4.        Akibat permasalahan remaja wanita ialah:
~menjatuhkan maruah diri dan keluarga, meningkatnya jenayah juvana di Malaysia, merosakkan masa depan remaja, masalah sosial seperti pembuangan bayi meningkat

5.        Cara untuk mengatasi masalah remaja wanita ialah:
~menasihat mereka supaya tidak melibatkan diri dalam gejala sosial
~menasihat mereka supaya meminta bantuan daripada pihak-pihak yang berkelayakan seperti kaunselor
~membawa mereka berjumpa dengan guru atau kaunselor

~memberi sokongan moral kepada mereka untuk terus berusaha mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka