Sunday, June 22, 2014

NILAI-NILAI PENDIDIKAN MORAL

BIDANG 1
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
1.1
Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara.
1.2
Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
1.3
Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan
1.4
Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
1.5
Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
1.6
Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup
1.7
Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
1.8
Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan , kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara
1.9
Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
1.10
Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
1.11
Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
1.12
Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

BIDANG 2
NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN
2.1
Kasih Sayang terhadap keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga
2.2
Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia
2.3
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Menerima, menghormati, mengamalkan adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga
2.4
Tanggungjawab terhadap keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga
BIDANG 3
NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
3.1
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara    alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
3.2
Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

3.3
Kemapanan alam sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup
3.4
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya

BIDANG 4
NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
4.1
Cinta akan negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
4.2
Taat setia kepada raja dan negara
Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara
4.3
Sanggup berkorban untuk negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu sebagai tanda berbakti untuk negara
BIDANG 5
NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA
5.1
Melindungi hak kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna
5.2
Menghormati hak wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara
5.3
Melindungi hak pekerja
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara
5.4
Menghormati hak golongan kurang berupaya
Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan
5.5
Melindungi hak pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi
BIDANG 6
NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI
6.1
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada
6.2
Kebebasan bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
6.3
Kebebasan beragama
Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia
6.4
Penglibatan diri dalam pembangunan Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembagaan Malaysia
6.5
Sikap keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia

UNIT 36 KEISTIMEWAAN DASAR LUAR MALAYSIA

Nilai:  Saling Menghormati antara Negara
Penerangan nilai:  Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat

1.      Malaysia mengamalkan dasar berkecuali kerana:
a)   ingin menjalinkan hubungan yang baik dengan semua Negara tanpa mengira ideology
b)   tidak mahu campur tangan dalam urusan negara lain

2.      Konsep ZOPFAN dapat mewujudkan sikap saling menghormati antara negara dengan cara setiap Negara di rantau Asia Tenggara:
-bebas menentukan nasib sendiri tanpa campur tangan kuasa-kuasa luar
-tidak melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar
-menjaga hubungan baik dengan Negara luar

3.      Ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin-pemimpin Negara ASEAN ialah:
a)   mereka perlu memahami pendirian setiap Negara anggota berhubung dengan sesuatu isu supaya tidak timbul sebarang percanggahan dan pertelingkahan yang boleh membawa kemudaratan kepada sesebuah Negara
b)   mengambil kira sensitivity pemimpin dan rakyat Negara anggota ASEAN

4.      Cara-cara yang boleh dilakukan oleh Negara-negara ASEAN untuk memelihara hubungan baik antara Negara anggota ialah:
a)   mengutamakan kepentingan serantau dalam membuat sesuatu keputusan demi kebaikan bersama
b)   menyelesaikan sebarang pertelingkahan secara diplomasi
c)    mengadakan kerjasama politik, ekonomi dan sosial antara Negara
d)   tidak mengeluarkan kenyataan yang menyinggung sensitivti Negara lain

5.      Malaysia memberi sokongan moral kepada pucuk pimpinan Negara yang mengalami masalah dalaman kerana:
a)   mengamalkan dasar berkecuali
b)   mengukuhkan hubungan baik antara Negara
c)    ingin menjaga keamanan serantau
d)   menghormati kedaulatan Negara lain

6.      Malaysia boleh meningkatkan kerjasama dua hala antara Negara dengan cara:
a)   mengadakan lawatan rasmi antara pemimpin Negara
b)   meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti program pertukaran pelajar antara Negara dalam bidang pendidikan

c)    tidak boleh mengeluarkan pernyataan yang boleh menyinggung sensitiviti Negara lain

UNIT 35 WAWASAN 2020, KITA JAYAKAN BERSAMA

Nilai:  Saling membantu dan bekerjasama

Penerangan nilai:  Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat



1.      Ciri-ciri masyarakat Malaysia menjelang 2020 ialah
-masyarakat yang bersatu, bebas, tenteram, maju, bermoral dan beretika, liberal, bertolak ansur, saintifik dan progresif, penyayang, adil dalam ekonomi dan berdaya saing

2.      Sikap yang perlu dimiliki oleh masyarakat Malaysia untuk menyahut cabaran-cabaran Wawasan 2020 ialah:
a)    memiliki keyakinan diri
b)    berani menghadapi pelbagai cabaran
c)     berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang

3.      Peranan pihak berikut dalam membantu merealisasikan Wawasan 2020 :
a)    Pelajar
-belajar bersungguh-sungguh
-menjadi warganegara yang bertanggungjawab
-menjadi warganegara yang mahir dan berpengetahuan
-menjadi pelajar contoh dalam pelbagai bidang
-yakin pada diri sendiri
-tidak mudah mengalah pada cabaran dan rintangan
-mengamalkan disiplin diri yang tinggi
-berdoa kepada Tuhan setelah berusaha bersungguh-sungguh
-mengamalkan budi pekerti yang mulia dan bermoral
-mengamalkan sikap bertolak ansur dengan rakan-rakan pelbagai kaum
-bersikap penyayang dengan membantu pelajar yang kurang bernasib baik

b)    Masyarakat
-menganjurkan pelbagai program perpaduan masyarakat
-bekerjasama dalam menjayakan sesuatu perayaan/sambutan seperti perkahwinan
-bantu-membantu sesama jiran
-merancang program keselamatan di taman kediaman seperti Rukun Tetangga

4.      Kelebihan wawasan 2020 terhadap masyarakat dan Negara
-masyarakat maju dalam pelbagai bidang
-taraf kehidupan masyarakat bertambah baik
-masyarakat menguasai pelbagai bidang ilmu

5.      Contoh program yang boleh dilaksanakan di sekolah untuk mencapai matlamat dalam Wawasan 2020 ialah:
a)    mewujudkan perpaduan antara pelajar di sekolah
-persembahan kebudayaan/gotong royong
b)    pelajar maju dan berjiwa tenteram
-mengadakan kelas bimbingan
c)     pelajar yang berfikiran matang dan demokrasi
-mengadakan pertandingan perbahasan
d)    pelajar bermoral
-menganjurkan kutipan derma/kerja amal
e)     pelajar liberal dan bertolak ansur
-mengadakan aktiviti berpersatuan
f)      pelajar saintifik dan progresif
-mengadakan pertandingan sains dan reka cipta/pertandingan saintis muda
g)    menanam budaya penyayang di kalangan pelajar sekolah
-mengadakan lawatan sambil belajar ke rumah kebajikan
h)    memastikan keadilan berlaku di sekolah
-menganjurkan kuiz
i)       mewujudkan suasana makmur di kalangan pelajar sekolah
-mengadakan orientasi pelajar

UNIT 34 MALAYSIA YANG BERSATU

Nilai:  Hidup bersama secara aman
Penerangan nilai:  Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

1.    Pihak-pihak yang bertanggungjawab mewujudkan keharmonian rakyat di Negara ini ialah:
-rakyat,agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan (NGO)

2.    Pihak-pihak berkenaan boleh memainkan peranan mereka dengan cara yang berikut:
a)   Rakyat
-Tidak menyentuh isu-isu sensitive yang boleh memecahbelahkan rakyat
-berkawan dengan semua orang secara ikhlas tanpa prasangka
b)   Agensi kerajaan
-melaksanakan pelbagai dasar perpaduan melalui kementerian dan jabatan
-menyokong segala usaha yang dilakukan untuk menyatupadukan rakyat
c)    Agensi bukan kerajaan
-menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum dan agama
-merancang dan menaja program-program perpaduan masyarakat

3.    Antara aktiviti  untuk mewujudkan perpaduan ialah:
-gotong royong
-sukaneka
-pertandingan
-persembahan kebudayaan
-sukan
-kokurikulum

4.    Sikap yang harus ditunjukkan oleh rakyat berbilang kaum dalam memupuk keharmonian hidup ialah:
-bersatu padu
-prihatin
-saling mengambil berat antara satu sama lain
-bermasyarakat
-tolong-menolong
-hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
-bertolak ansur

5.    Semua pihak perlu melibatkan diri dalam usaha menyatupadukan rakyat
a)   kerana menyatupadukan rakyat bukan usaha satu pihak tetapi melibat usaha secara kolektif daripada rakyat dan kerajaan
b)   supaya dapat memupuk persefahaman dan perpaduan antara kaum

c)    supaya dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian hidup     

UNIT 33 SIKAP TERBUKA YANG BERHIKMAH

Nilai:  Sikap keterbukaan
Penerangan nilai:  Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan norma masyarakat Malaysia

1.     Seseorang itu perlu bersikap terbuka dalam menerima nasihat, teguran dan kritikan kerana :
a)   setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan
b)   setiap manusia perlu memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang ada pada mereka

2.     Antara faedah mengamalkan sikap keterbukaan ialah
a)   mudah didekati dan diajak berbincang
b)   dapat membentuk remaja menjadi insan yang lebih baik
c)    dapat membentuk sikap yang tidak mementingkan diri sendiri
d)   bersedia dengan hati yang terbuka untuk mendengar pandangan dan kritikan orang lain terhadap diri sendiri

3.     Mereka yang tidak mahu menerima kritikan dan nasihat daripada orang lain ialah orang yang
a)   tidak bersikap positif terhadap nasihat, teguran dan kritikan yang diterima
b)   tidak mahu memperbaiki kelemahan diri
c)    sentiasa fakir mereka betul dan lebih berpengalaman dan orang lain semuanya salah

4.     Contoh bersikap terbuka terhadap
a)   anggota keluarga
-menerima teguran daripada ibu bapa dengan hati yang terbuka
-tidak menyimpan dendam terhadap ibu/bapa/anggota keluarga
-bersedia memperbaiki diri dan memastikan kesalahan itu tidak berulang lagi
b)   pihak sekolah
-menerima hukuman yang dijatuhkan oleh pihak sekolah dengan rela jika melakukan kesalahan
-memahami bahawa setiap kesalahan perlu ada hukumannya
c)    masyarakat
-memperlahankan bunyi radio apabila ditegur oleh jiran
-menerima keputusan yang dibuat oleh masyarakat untuk kepentingan bersama

5.     Pelajar yang bersikap terbuka ialah pelajar yang cemerlang kerana:
a)   pelajar itu sanggup menerima teguran dan nasihat
b)   mudah untuk memperbaiki dirinya dalam segala aspek-sahsiah, kokurikulum,akademik
c)    dapat menangani cabaran hidup dengan baik

6.     Tindakan yang menunjukkan sikap keterbukaan dalam kehidupan seharian:
a)   boleh menerima teguran dengan baik
b)   sudi meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan

c)    boleh mengambil untuk membaiki keadaan/tidak akan mengulangi kejadian yang sama lagi