Sunday, June 22, 2014

UNIT 22 BERJUANG DEMI KEDAULATAN NEGARA

Nilai:  Taat setia kepada raja dan Negara
Penerangan nilai:  Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara

1.        Ciri-ciri perjuangan Dato’Onn ialah:
~tegas dan berwawasan
~bertindak secara telus, jujur dalam memperjuangkan kemerdekaan
~mempunyai idea untuk bertindak di samping mampu memahami hasrat dan kehendak rakyat berbilang kaum
~menggunakan pendekatan yang boleh diterima oleh penjajah dan rakan-rakan berbilang kaum

2.        Proses kemerdekaan negara dianggap unik dan membanggakan kerana kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan tanpa melibatkan pertumpahan darah.

3.        Kepentingan amalan pakatan murni ialah:
~pelbagai pihak dapat bersemuka memberi pendapat
~mengaplikasikan sikap tolak ansur
~mengelakkan rasa curiga di kalangan rakyat pelbagai kaum
~telus dalam tindakan

4.        Cara untuk memperlihatkan taat setia kepada raja dan negara ialah dengan:
~tidak terpengaruh dengan berita media luar negara yang memburuk-burukkan negara
~belajar bersungguh-sungguh dan kemudian menyumbang bakti dan kepakaran kepada negara
~menyertai sambutan hari-hari kebesaran Negara

5.        Usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk memupuk taat setia rakyat kepada negara ialah:
~menggubal prinsip Rukun Negara
~melancarkan pelbagai program untuk meningkatkan semangat patriotik di kalangan rakyat contohnya, pelancaran bulan patriotik.

6.        Contoh-contoh anak watan/ tokoh pemimpin yang menentang penjajahan:
~Dato’Onn, Tunku Abdul Rahman, Mat Salleh, Rentap, Rosli Dhoby, Syariff Masahor, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Haji Mat Hassan, Haji Abdul Rahman Limbong.

7.        Sifat anak watan yang menentang penjajahan:
~gigih/cekal dalam menghadapi ancaman musuh
~berani/mempunyai semangat juang yang tinggi
~sanggup mengorbankan nyawa

8.        Bentuk-bentuk penjajahan di alaf baru ialah:
~penjajahan budaya
~penjajahan kepercayaan
~penjajahan ekonomi
~penjajahan fizikal
~penjajahan minda
9.        Cara-cara menangani gejala keruntuhan akhlak ialah :
~mendalami dan mentaati agama
~menguasai ilmu yang bermanfaat
~mengukuhkan semangat jati diri

~bersemangat patriotik

No comments:

Post a Comment