Sunday, June 22, 2014

UNIT 18 FIKIR DAHULU SEBELUM BUANG

Nilai:  Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Penerangan nilai:  Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

 1. Progam 3R : Maksud 3R
a.             mengurangkan penggunaan bahan sumber yang terhad   
[Reduce]
~   berjimat cermat dalam menggunakan bahan sumber yang saban hari kian berkurangan
          Contoh :  berjimat dalam penggunaan minyak
                                              Atau mengurangkan buangan [Reduce]
~ sedaya upaya mengurangkan bahan buangan
Contoh : mengurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli-belah sebaliknya membawa beg sendiri
b.            mengguna semula [Reuse]
~   mengguna semua bahan buangan secara terus / mengubah fungsi bahan tersebut dengan mereka cipta barangan baru
             Contoh :   menggunakan semula bekas plastik marjerin untuk menyimpan barangan lain.
c.              mengitar semula [Recycle]
~  mengguna semula bahan lama tanpa menggunakan bahan baru
        Contoh :     surat khabar lama dikitar semula menjadi kertas


2.         Program kitar semula dapat membantu mengurangkan penggunaan sumber yang terhad dengan cara
a.     memproses kertas kitar semula dapat mengurangkan pengunaan air, menjimatkan penggunaan tenaga dan mengurangkan bahan tercemar jika dibandingkan dengan memproses kertas daripada kayu
b.     mengitar semula tin dan kepingan aluminium tulen menjadi tin dan kepingan aluminium yang baru dapat menyelamatkan kawasan hutan dan kutub daripada diterokai untuk kegiatan melombong
c.      mengitar semula kaca dapat mengurangkan penggunaan air, bahan buangan perlombongan, pengeluaran asap dan penggunaan bahan api jika dibandingkan dengan menghasilkan kaca daripada bahan mentah kaca itu sendiri
d.     mengitar semula plastik membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan mengurangkan pencemaran berbanding dengan pengeluaran plastik yang sebenar
Manfaat Program Kitar Semula
a. mengelakkan pencemaran alam sekitar / alam sekitar menjadi lebih bersih dan segar
b. menjimatkan kos untuk pelupusan sampah
c. menjimatkan penggunaan sumber asli
d. menyelamatkan hutan daripada ditebang

3.   Peranan pihak berikut dalam menjayakan Program 3R
a.             Pengguna
i.    menyokong kempen kitar semula
ii. mengurangkan penggunaan plastik dan kertas
iii.                       menyokong kewujudan kedai barangan terpakai
b.            Pengeluar
i.       mematuhi undang-undang yang berkaitan dengan alam sekitar seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
ii.     mengurangkan pembuangan sisa-sisa industri seperti mewujudkan teknologi kitar semula sisa-sisa
iii.  menwujudkan cara-cara memproses barangan yang lebih cekap.  Misalnya mengurangkan penggunaan tenaga dan bahan-bahan pembungkusan.



4.   Contoh amalan Program Amalan Hijau di sekolah
a.     menanam pokok di sekitar kawasan sekolah
b.     menggunakan tong kitar semula untuk mengasingkan bahan buangan seperti kertas, tin aluminium, botol kaca dan botol plastik
c.      memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih
d.     menggunakan klip kertas biasa
e.      menggunakan kertas yang telah dikitar semula
f.       menjimatkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah muka surat
g.     mengamalkan penggunaan cahaya semula jadi menjimatkan penggunaan elektrik
h.     menggunakan mesin kira tenaga solar untuk menjimatkan tenaga
i.        menggunakan sapu tangan dan mengurangkan penggunaan kertas tisu

No comments:

Post a Comment