Sunday, June 22, 2014

UNIT 2 AMANAH PEGANGAN HIDUP KITA

UNIT  2  Amanah  pegangan  hidup  kita
Nilai:  Amanah
Penerangan nilai: Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

1.    Amanah bermaksud sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain atau melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

2.    Kepentingan sikap amanah di kalangan pegawai kerajaan:
-imej badan-badan kerajaan terpelihara dan tidak berlaku kebocoran rahsia-rahsia sulit kerajaan
-dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, cekap dan berkesan

3.    Kepentingan sikap amanah di kalangan ahli politik ialah:
-menjaga hak dan kebajikan rakyat
-menjamin keadilan dan ketelusan dalam melaksanakan projek pembangunan Negara

4.    Sebagai pelajar, amalan amanah penting kerana:
-dapat melatih diri untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab, jujur dan ikhlas kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat
-pelajar akan mendapat kepercayaan daripada guru-guru dan rakan-rakan di sekolah untuk melaksanakan sesuatu tugas

5.    Kesan tidak bersikap amanah terhadap
a)   keluarga-memalukan serta menjatuhkan maruah keluarga
b)   rakan-tidak dipercayai oleh rakan dan mereka akan menjauhkan diri
c)    jiran-tidak dipercayai oleh rakan dan hubungan akan renggang
d)   masyarakat-anggota masyarakat akan mencemuh atau memandang serong kepada kita
e)    Negara-mempunyai warganegara yang tidak amanah, imej negara akan terjejas, dan akan menjejaskan industri pelancongan Negara

6.    Cara menunjukkan sikap amanah terhadap:
a)   keluarga-menjalankan tugas atau kewajipan yang diamanahkan oleh ibu bapa atau anggota keluarga yang lain, tepat pada masanya
b)   rakan-menyimpan rahsia rakan atau menjaga hubungan baik dengan rakan
c)    jiran-menunaikan permintaannya supaya menjaga harta dan barang-barangnya ketika jiran tiada di rumah
d)   masyarakat-nenegur perbuatan-perbuatan tidak bermoral di kalangan anggota masyarakat setempat
e)    negara-menjaga nama baik Negara walau berada di mana-mana jua

7.    Antara cara yang dapat diambil untuk membantu BPR dalam usaha untuk membanteras rasuah di negara ini ialah:
a)   melaporkan kes-kes rasuah yang diketahui kepada pihak berkuasa

b)   mengelakkan diri daripada perbuatan atau tingkah laku yang cenderung ke arah rasuah dengan mengamalkan sikap ikhlas dan jujur dalam setiap kerja yang dilakukan

23 comments:

  1. Salam sejahtera cikgu Ngu Sie Ging.Saya mohon izin untuk gunakan bahan nota cikgu untuk mengajar p.moral t. 1dan 2 ye.
    T.kasih

    ReplyDelete
  2. Hi Cikgu Ngu Sie Ging. I wish upon you to grant me consent to allow me to use your beautifully handcrafted notes for my assignment. Reply soon.

    - Insanite

    ReplyDelete
  3. Hi Cikgu Ngu Sie Ging. Thank you for this useful notes. It helped me a lot with my essay. Please allow me to use your notes. Thank you

    ReplyDelete
  4. my moral take 5A+ so no need answer

    ReplyDelete
  5. The FAQ is wrong with u tehais?

    ReplyDelete