Sunday, June 22, 2014

UNIT 31 MENGHORMATI TEMPAT BERIBADAT, AMALAN MULIA

Nilai:  Kebebasan Beragama
Penerangan nilai:  Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

1.            Perkara yang terkandung dalam perlembagaan berkaitan dengan kebebasan agama ialah:
-Sungguhpun Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agama masing-masing. 
-Setiap orang juga berhak untuk mengembangkan agamanya tetapi undang-undang negeri boleh mengawal/menyekat pengembangan apa-apa agama,iktikad atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam
-Kebebasan diberi untuk menjalankan kerja-kerja mubaligh di kalangan orang bukan Islam
2.            Contoh tempat beribadat untuk pelbagai kaum di Malaysia:
a)   Islam-Masjid
b)   Buddha-tokong
c)    Kristian-gereja
d)   Hindu-kuil
e)    Punjabi-Gudwara

3.            Amalan murni yang terdapat di semua tempat beribadat ialah seperti berikut:
a)   menjaga kebersihan diri
b)   menjaga kebersihan persekitaran
c)    berpakaian sopan

4.            Kepentingan menjaga dan menghormati tempat beribadat pelbagai penganut agama ialah:
a)   boleh mengeratkan perhubungan dan persahabatan antara penganut pelbagai agama
b)   menghormati hak kebebasan beragama yang termaktub dalam perlembagaan

5.            Rakyat Malaysia boleh saling membantu dalam menjaga kesucian tempat beribadat masing-masing dengan cara:
a)   mematuhi peraturan rumah-rumah beribadat
b)   memasuki rumah ibadat penganut lain dengan izin

6.            Cara-cara menunjukkan kebebasan beragama dalam kehidupan seharian ialah:
a)   tidak mengganggu rakan yang sedang melaksanakan tanggungjawab keagamaannya walaupun ada urusan
b)   tidak mengadakan mesyuarat/aktiviti penting semasa rakan perlu melaksanakan keagamaan mereka
menyediakan menu yang mengambil kira pantang larang pelbagai agama

3 comments: