Nilai: Melindungi hak pekerja
Penerangan
nilai: Menghormati, menghargai dan
mengiktiraf perkhidmatan,jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan
negara
1. Fungsi
Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Sumber Tenaga Manusia:
~menggalakkan hubungan baik antara
pekerja dan majikan
~menyelesaikan masalah yang timbul antara
majikan dan pekerja
~mewujudkan suasana yang harmoni dalam
sektor perindustrian
~menjaga
kebajikan pekerja dari segi membayar gaji minimum dan menentukan hari kelepasan
am
~memastikan
pekerja dan majikan mematuhi Akta Pekerjaan
~melengkapi
pekerja dengan ilmu dan kemahiran serta kepakaran
2.Peranan Kesatuan Pekerja:
~menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh pekerja yang ditindas atau tidak berpuas hati
tentang sesuatu perkara
~menghantar
wakil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja dengan majikan
mereka
~merujuk
kes itu kepada Kementerian Sumber Manusia sekiranya rundingan tidak Berjaya
3. Hak-hak pekerja yang diperjuangkan oleh
Pertubuhan Buruh Antarabangsa(ILO):
~kebebasan
membentuk organisasi
~hak
berpersatuan
~menentang
kegiatan buruh paksa
~mendapat
hak yang sama dari segi layanan dan peluang pekerjaan
4. Cara menghindari rasa tidak puas hati antara
majikan dengan pekerja:
~bersemuka,
berunding dan berbincang sekiranya terdapat masalah
~pekerja
perlu melaksanakan tugasnya dengan baik sementara majikan perlu mengambil berat
akan kebajikan pekerja dan memahami masalah yang dihadapi oleh pekerja
~saling
memahami antara pekerja dan majikan
5. Tenaga
kerja yang produktif penting dalam pembangunan Negara kerana pekerja sebegini:
~bertanggungjawab-melaksanakan
kewajipan dengan baik
~dedikasi-sanggup
mengorbankan masa dan tenaga untuk menyiapkan kerja yang dilakukan
~menepati
masa-dapat menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang diberikan
6. Sekiranya majikan melindungi hak pekerja,
kebaikan yang akan diperolehi oleh
a)golongan pekerja:
~pekerja
akan mendapat gaji dan kemudahan setimpal dengan pekerjaan mereka
~pekerja
mudah mendekati majikan apabila wujud masalah
~pekerja
akan bekerja bersungguh-sungguh
~kebajikan
pekerja terpelihara dan dijaga dengan baik
~keselamatan
pekerja diutamakan
b)syarikat:
~pekerja
akan setia atau tidak akan berhenti bekerja
~pekerja
lebih produktif
~pekerja
akan bekerja bersungguh-sungguh
~meningkatkan
keuntungan syarikat
7. Cara untuk mengatasi masalah yang berkaitan
dengan pekerja:
~memanggil
pekerja itu dan meminta penjelasan daripadanya berhubung dengan masalah yang
dihadapi
~menasihati
pekerja tersebut supaya berubah sikap jika dia bersalah
~memberikan
motivasi dan sokongan moral kepada pekerja untuk meningkatkan produktiviti
syarikat
No comments:
Post a Comment