ARAS RENDAH(SOALAN):
PERIBADI
DIJAGA MARUAH TERPELIHARA
|
1.(a) Jelaskan nilai yang tersirat
dalam ungkapan di atas. [2
markah]
(b) Nyatakan
empat ciri individu yang mempunyai maruah diri. [4
markah]
(c) Berikan
empat perlakuan yang boleh menjatuhkan maruah diri anda. [4 markah]
2. Pengurusan masa secara bijaksana
dapat meningkatkan produktiviti seseorang individu.
(a) Apakah
nilai yang diberi penekanan dalam ungkapan di atas? [1 markah]
(b) Berikan
empat manfaat daripada merancang dan menguruskan masa secara bijaksana.
[4 markah]
(c) Nyatakan
empat cara bagaimana seseorang remaja yang bertanggungjawab menguruskan masa
secara bijaksana. [4
markah]
(d) Selain
nilai bertanggungjawab, nyatakan nilai lain yang diamalkan oleh remaja yang
pandai membahagikan masa. [1
markah]
3. Sikap pemimpin-pemimpin negara yang berjiwa rakyat seperti
Allahyarham Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman dan beberapa orang pemimpin
lain patut dicontohi. Mereka sentiasa menjalankan tugas-tugas yang terpikul
atas bahu mereka sebaik mungkin dan jasa dikenang walaupun mereka telah tiada.
(a) Berikan
dua nilai yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin tersebut. [2 markah]
(b) Berikan
empat contoh perlakuan para pemimpin yang membuktikan mereka mengamalkan nilai
yang anda nyatakan dalam (a). [4
markah]
(c) Ramalkan
empat kesan sekiranya para pemimpin tidak mengamalkan nilai-nilai tersebut.
[4 markah]
4.Semasa kegawatan ekonomi, kerajaan
Malaysia telah menolak bantuan Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF) dan mengamalkan
dasar sendiri untuk mengatasi masalah kewangan dan ekonomi negara.
(a) Nyatakan
dua nilai yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia dalam menangani krisis
kemelesetan ekonomi. [2
markah]
(b) Terangkan
maksud dua nilai di (a). [4
markah]
(c) Berikan
dua langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah kegawatan
ekonomi 1997. [2
markah]
(d) Jelaskan
dua kesan sekiranya kerajaan Malaysia menerima bantuan Tabung Kewangan
Antarabangsa. [2
markah]5 Fahami sajak di bawah.
(a) Huraikan
tiga nilai yang perlu diamalkan oleh anda. [6
markah]
(b) Berikan
dua sebab air boleh tercemar. [2
markah]
(c) Nyatakan
dua kegunaan air. [2
markah]
No comments:
Post a Comment