Nilai:Kepercayaan kepada Tuhan
Penerangan nilai: Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai
pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama
masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara
1.
Antara amanah tuhan ialah:
a)
menjaga alam dan penghuninya agar tidak berlaku
sebarang kerosakan di muka bumi ini dengan:
-tidak menerokai hutan secara tidak
bertanggungjawab
-tidak membakar hutan atau melakukan
pembakaran secara terbuka
b) hidup berkasih-kasihan, sayang-menyayangi
dan bantu-
membantu sesama insan dengan:
-menjadi pelindung kepada anak-anak
-mengelakkan penipuan, penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa
2.
Manusia diamanahkan untuk menguruskan alam dan
penghuninya kerana makhluk manusia dianugerahkan Tuhan kelebihan akal
berbanding makhluk lain di muka bumi ini.
3.
Manusia masih gagal untuk melaksanakan amanah
menguruskan alam dan penghuninya dengan baik kerana manusia masih memiliki
sifat-sifat berikut:
-tamak
-pentingkan diri sendiri
-kurang ilmu
4.
Usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi menyeru
manusia supaya melaksanakan amanah Tuhan dengan sebaik-baiknya ialah:
-kempen/ceramah/seminar
-pendidikan agama/moral
-peranan media masa
5. Ibu bapa merupakan orang paling banyak
mendera kanak-kanak
kerana:
-tekanan emosi
-kemiskinan
-pergaduhan antara suami-isteri
-kerenah anak-anak yang nakal
6. Ibu bapa tidak wajar mendera anak-anak mereka
kerana
-anak
ialah amanah Tuhan yang sepatutnya dikasihi
-akan
menjejaskan perkembangan mental dan fizikal anak-anak
-boleh
menyebabkan berlakunya kecacatan atau kematian
7. Faktor-faktor
yang sering kali dikaitkan dengan penderaan
kanak-kanak ialah:
-kerenah anak
-sikap
pembantu rumah yang panas baran
-sikap
jiran yang individualistik
8.
Kesan penganiayaan terhadap diri dan masa depan kanak-kanak
tersebut adalah seperti yang berikut:
-perkembangan emosi terjejas dan menjadi tidak normal
-kanak-kanak membesar tanpa keyakinan diri
-menjadi seorang yang pendendam dan berkecenderungan
menjadi pendera pada masa hadapan
9.
Usaha-usaha yang boleh dibuat oleh kerajaan untuk
memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat supaya menjadi pelindung
kanak-kanak ialah:
-menguatkuasakan undang-undang dengan
menetapkan hukuman yang lebih serius terhadap ibu bapa yang mendera anak mereka
-mengadakan kempen untuk memberi
kesedaran kepada ibu bapa bahawa mereka harus menjadi ibu bapa yang
penyayang
-menganjurkan kursus-kursus motivasi
seperti kursus perkahwinan dan keibubapaan
10.Masalah pembuangan bayi masih berlaku
kerana:
-tiada sifat belas ihsan dan kasih saying
-pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
-kurangnya pendidikan agama/moral di kalangan masyarakat
11.Orang sanggup membuang bayi mereka
kerana:
-kesempitan wang dan tidak dapat menyara kehidupan bayi itu
-malu kepada keluarga dan masyarakat kerana melahirkan anak
luar nikah
-anak yang dilahirkan cacat
12.Usaha-usaha yang boleh dilakukan
untuk menangani masalah
pembuangan bayi ialah:
-kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada
masyarakat supaya mereka menyayangi dan mengasihi anak-anak
mereka
-masyarakat harus melaporkan kes-kes pembuangan bayi kepada
pihak berkuasa
-mempertingkatkan pendidikan agama/moral di kalangan
masyarakat
13.Golongan bernasib baik dapat membantu
golongan yang kurang
bernasib baik dengan cara:
-memberi sokongan moral, contoh memberi nasihat dan motivasi
-memberi bantuan kewangan
-memberi bantuan kebendaan, contoh pakaian,makanan dan
barang keperluan asas
14.Golongan kurang bernasib baik tidak
patut sentiasa bergantung
kepada golongan bernasib baik kerana:
-golongan yang kurang bernasib baik perlulah berdikari
-berusaha untuk memperbaiki taraf hidup
-menjaga maruah diri
15.Usaha yang dapat dilakukan untuk
membantu golongan kurang
bernasib baik ialah:
-menubuhkan yayasan khas untuk mengumpul dana bagi
membantu mereka
-mewujudkan pusat kemahiran untuk melatih mereka hidup
berdikari
terima kasih...sangat membantu
ReplyDeleteTerima kasih atas bantuan...
ReplyDeleteTerima kasih atas bantuan
ReplyDelete