Sunday, June 22, 2014

UNIT 30 KEBEBASAN MENGIKUT PERLEMBAGAAN

Nilai:  Kebebasan bersuara
Penerangan nilai:  Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman

1.     Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan ialah setiap warganegara mempunyai hak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.

2.     Parlimen dengan undang-undang, boleh mengenakan sekatan yang difikirkan perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan, mengelakkan fitnah atau perbuatan mengapi-apikan supaya dilakukan sesuatu kesalahan.

3.     Mengikut Pindaan Perlembagaan 1971, adalah menjadi suatu kesalahan bagi sesiapa mempersoalkan isu-isu sensitif seperti hal-hal mengenai kewarganegaraan, kedaulatan raja-raja, bahasa kebangsaan dan penggunaan bahasa-bahasa lain bagi maksud yang tidak rasmi.

4.     Rakyat di Negara Malaysia harus peka terhadap isu-isu sensitif ketika menyuarakan pendapat mereka
-untuk mengelakkan kekacauan/huru-hara di kalangan rakyat
pelbagai kaum
-supaya rakyat dapat hidup dalam keadan aman dan damai

5.     Cara pelajar mengamalkan kebebasan bersuara di sekolah ialah:
a)    tidak mengkritik perkara-perkara sensitive seperti agama/kepercayaan pelajar lain
b)    merujuk kepada guru/pentadbir sekolah jika terdapat risalah yang menyentuh tentang isu-isu perkauman di sekolah

6.     Cadangan peraturan yang berkaitan dengan kebebasan bersuara:
a)    tidak boleh menyentuh isu-isu yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan Negara
b)    tidak boleh menghina dan mencaci kebudayaan, adat resam dan cara hidup kaum kain
c)     tidak boleh membuat perhimpunan secara haram terutamanya perhimpunan yang berbaur sentiment perkauman
d)    menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat

7.      Peraturan yang perlu dipatuhi dalam penulisan demi keharmonian masyarakat berbilang kaum ialah:
a)    tidak menyentuh isu sensitif tentang sesuatu kaum
b)    tidak menghina/mencaci kaum lain
c)     mempelbagaikan watak pelbagai bangsa
d)    bertemakan perpaduan/semangat bermasyarakat seperti kerjasama antara kaum

8.     Sebab peraturan tentang kebebasan bersuara dikuatkuasakan ialah:
a)    untuk menjaga keharmonian/keamanan/kedamaian Negara
b)    untuk menjaga perasaan kaum lain
c)     untuk menghormati kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum untuk mengekalkan kestabilan/keselamatan Negara
9Cara-cara rakyat menyuarakan pendapat mereka sekiranya tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara/isu dengan
      a)menulis surat/laporan kepada wakil rakyat
      b)menghantar surat kepada ruangan media
      c)membuat laporan polis

      d)mendapat permit kebenaran untuk berhimpun


No comments:

Post a Comment