Nilai: Rasional
Penerangan
nilai: Boleh berfikir berdasarkan alasan
dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang
wajar
1. Akibat yang mungkin berlaku terhadap remaja
yang lari dari rumah ialah:
a)akan
terjerumus ke lembah maksiat dan kehinaan
b)keselamatan
mereka terancam
c)tidak
mempunyai sumber kewangan
2. Akibat yang mungkin berlaku terhadap keluarga
sekiranya remaja lari dari rumah ialah:
a)mengaibkan
maruah keluarga kerana dituduh tidak pandai jaga anak
b)bimbang,risau,sedih,kecewa
3. Antara punca yang menyebabkan remaja
berselisih faham dengan keluarga masing-masing ialah:
a)sikap
pilih kasih ibu bapa
b)ibu bapa
tidak dapat memenuhi permintaan anak-anak
c)sikap
remaja yang mudah melenting apabila ditegur
d)salah
sangka antara remaja dan keluarga
e)remaja
terlalu dikongkong pergerakan mereka
f)sikap
remaja yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa
4. Sesuatu pergaduhan dapat dielakkan melalui
cara:
a)perundingan
b)mengutamakan
semangat setiakawan
c)bertimbang
rasa
d)bertolak
ansur
e)saling
faham-memahami
5. Sekiranya
rakyat tidak menyelesaikan sesuatu masalah melalui rundingan, kesannya dari
aspek:
a)keselamatan
Negara terjejas, rakyat berasa tidak selamat, Negara terdedah kepada bahaya dan
huru-hara
b)perpecahan
dalam institusi keluarga, kemungkinan berlaku penderaan dalam keluarga dan juga
penceraian
c)ekonomi
Negara tidak stabil, pelabur asing lari, rakyat hilang pekerjaan
ada kesan daripada aspek sosial?
ReplyDeleteeasy to remember and study for exam
ReplyDelete