Sunday, June 22, 2014

UNIT 24 KEISTIMEWAAN KANAK-KANAK, KITA HARGAI

Nilai:  Melindungi hak kanak-kanak
Penerangan nilai:  Membela,memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna

1.  Tujuan pengiktirafan diberikan kepada kanak-kanak ialah: -sebagai satu bentuk motivasi untuk mereka berusaha mencapai kejayaan dalam apa-apa bidang.
-membentuk pemikiran yang matang.
-memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk mengasah bakat, menampilkan imej.

2.Pengiktirafan boleh membantu meningkatkan bakat dan potensi kanak-kanak dengan:
-mendorong kanak-kanak lain meneladani penerima anugerah yang diiktiraf
-mewujudkan kumpulan pelajar yang lebih berketrampilan sebagai bakal pemimpin Negara yang berkaliber pada masa hadapan.

3.Bentuk-bentuk pengiktirafan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berbakat dan berpotensi ialah:
-secara lisan-melalui pujian
-secara bertulis-dalam bentuk sijil

4. Pihak kerajaan turut menyediakan anugerah kepada kanak-kanak sebagai satu bentuk pengiktirafan untuk menghargai bakat, kebolehan dan pencapaian kanak-kanak dalam pelbagai bidang.



5. Sekolah mengiktiraf bakat dan potensi pelajar dengan cara:
-meraikan mereka dalam majlis khas seperti semasa Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Sukan Tahunan, Hari Kokurikulum

6.Kepentingan sijil kepada seseorang kanak-kanak:
-usahanya diiktiraf
-sebagai dorongan untuk berusaha dengan lebih gigih
-bukti kebolehan atau keupayaannya

7.Hak yang sepatutnya diterima oleh kanak-kanak itu ialah:
-mendapat pendidikan
-mendapat keperluaan asas seperti makanan, tempat tinggal
-penjagaan kesihatan yang sempurna

8.Kepentingan seorang kanak-kanak mendapat pendidikan adalah:
-untuk membentuk diri sebagai seorang yang berilmu dan dapat menghadapi masa depan dengan baik
-mengelak daripada ditipu atau dieksploitasi

-supaya dapat hidup berdikari



2 comments: