Nilai: Kemapanan alam sekitar
Penerangan
nilai: Pengekalan dan keseimbangan alam
sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup
1.
Pengurusan tanah secara bertanggungjawab bermaksud kawasan hutan / tanah diterokai untuk tujuan
pembangunan
tetapi pada
masa yang sama kawasan itu perlu diuruskan
dengan baik
supaya tidak menjejaskan keseimbangan alam
sekitar
2.
Pengurusan tanah secara bertanggungjawab dapat
dilaksanakan
dalam aktiviti berikut dengan cara
a.
Perindustrian
~ merancang zon
perindustrian dengan membina di kawasan yang jauh dari tempat kediaman manusia
dan sumber air
~ Pembinaan
loji pelupusan bahan sisa yang bertoksik dari kilang
b.
Pertanian
~ menggunakan
kaedah mesra alam seperti menggunakan kaedah biolog untuk mengawal haiwan dan
tumbuhan perosak melalui hubungan mangsa pemangsa dan mutasi pembiakan
~ mengusahakan
penanaman bergilir
~ mengurangkan
penggunaan racun serangga
~ mengusahakan
teknik penanaman dalam rumah kaca
c.
Perlombongan
~ menebus guna
kawasan bekas lombng menjadi tapak perindustrian, perumahan, kawasan rekreasi,
padangan ragutan ternakan, kawasan pertanian
d.
Penempatan / perumahan
~ membina parit
sebagai saliran air di kawasan perumahan
~ dinding
tebing cerun yang curam dikonkritkan untuk mengelakkan berlakunya keruntuhan
3.
Manusia perlu menguruskan tanah secara
bertanggungjawab
kerana
a.
dapat membantu mencegah alam daripada terus tercemar
b.
dapat mengatasi masalah alam sekitar
c.
dapat meneruskan pembangunan tetapi pada masa yang
sama menjaga keseimbangan alam sekitar
4.
Bahan sisa pertanian dapat dtebus guna semula dengan
cara
a.menghasilkan
baja kompos – bahan sisa buangan pertanian seperti hampas tebu boleh diproses
untuk menghasilkan baja organik
b.menjana
biogas – najis lembu boleh dirawat secara biologi untuk menghasilkan gas
mentana
c.
menghasilkan perabot – batang-batang kelapa sawit
boleh menjadi kayu yang berkualiti untuk membuat perabot
d.dijadikan
sumber makanan haiwan ternakan – hampas kelapa boleh dijadikan makanan binatang
ternakan
5. Peranan kerajaan dalam membantu mencegah alam
daripada
terus tercemar
a.menyemak
dan membuat pindaan dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1997 supaya dapat
memperkemaskan kandungan akta tersebut
b.mengenakan hukuman
yang lebih berat terhadap pihak yang tidak menguruskan alam dengan
bertanggungjawab
No comments:
Post a Comment