ARAS RENDAH(SOALAN):
1 Pak Hamid
semakin uzur dan menghidap penyakit kencing manis. Kini, dia tidak dapat
berjalan.Anak-anaknya tidak sanggup menjaganya lalu menghantarnya ke rumah
orang tua-tua. Pak Hamid sangat sedih dan kecewa dengan layanan anaknya.
(a) Jelaskan
tiga nilai yang patut diamalkan oleh anak-anak Pak Hamid. [6 markah]
(b) Berikan
empat sebab anak-anak Pak Hamid patut menjaga bapa mereka dan bukan
menghantarnya ke rumah orang tua-tua. [4
markah]
2. Mokhtar
didapati melepak di kompleks beli-belah oleh ibu bapanya. Dia ditegur dan
dinasihati oleh ibu bapanya supaya tidak mengulangi perbuatannya itu.
(a) Jelaskan
tiga nilai yang sepatutnya diamalkan oleh Mokhtar terhadap teguran ibu bapanya. [6
markah]
(b) Nyatakan
dua tindakan Mokhtar selepas ditegur dan dinasihati oleh ibu bapanya.
[2 markah]
(c) Andaikan
anda ibu bapa Mokhtar, terangkan dua cara anda memberi teguran dan nasihat
kepada Mokhtar agar dia dapat menerimanya dengan baik. [2 markah]
3 Pengaruh
filem luar negara terhadap anak muda di Malaysia kian membimbangkan. Anak muda
sangat terpengaruh dengan nilai dalam fi lem tersebut sehingga mereka hilang
hormat kepada ibu bapa mereka serta orang yang lebih tua. Mereka lebih
mementingkan budaya lain daripada tradisi keluarga mereka.
(a) Jelaskan
peranan yang perlu dimainkan oleh pihak kerajaan dengan merujuk kepada dua
nilai. [4
markah]
(b) Berikan
tiga contoh agensi kerajaan yang dapat membantu mengekalkan tradisi
kekeluargaan rakyat Malaysia. [3
markah]
(c) Huraikan
tiga kesan sekiranya semua anak muda lebih mengutamakan budaya negara luar
daripada tradisi keluarga mereka sendiri. [3
markah]
4.
(a) Jelaskan
tiga nilai yang patut diamalkan oleh Encik Arumugam. [6 markah]
(b) Huraikan
dua manfaat sekiranya Encik Arumugam melaksanakan kewajipannya terhadap
keluarga dan anaknya. [2
markah]
(c) Andaikan anda anak Encik Arumugam, nyatakan dua cara anda
menghargai bapa anda sekiranya beliau melaksanakan tanggungjawabnya dengan
baik. [2
markah]
No comments:
Post a Comment