Nilai:
Bertanggungjawab
Penerangan nilai:
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta
kewajipan dengan sempurna
1.
Pengurusan masa bermaksud merancang masa secara
bijaksana dan bertanggungjawab iaitu menguruskan masa untuk belajar, melakukan
aktiviti kokurikulum, bersama-sama anggota keluarga, beristirehat dan juga masa
untuk diri sendiri.
2.
Kepentingan menguruskan masa secara bertanggungjawab:
-dapat mengurus dan menjalankan segala
aktiviti yang dirancang dengan teratur dalam masa yang ditetapkan
-dapat mengisi masa lapang dengan
pelbagai aktiviti yang berfaedah
-dapat mengelakkan pembaziran masa
-dapat mengelakkan kerja tertangguh dan
memperoleh kepercayaan daripada guru, rakan-rakan, dan ibu bapa untuk melakukan
sesuatu perkara
3.
Cara seseorang remaja menguruskan masa:
-membuat jadual waktu persendirian untuk
belajar di rumah dan melakukan aktiviti kokurikulum di sekolah
-melaksanakan perkara yang dirancang
dalam jadual waktu tersebut
-membuat pembahagian
masa yang seimbang untuk belajar dan juga menyertai aktiviti kokurikulum
No comments:
Post a Comment