Friday, June 20, 2014

SOALAN ARAS RENDAH - BIDANG 6 (DEMOKRASI)

ARAS RENDAH (SOALAN):

1. 

Segelintir rakyat telah membangkitkan isu-isu yang sensitif yang boleh mengakibatkan rusuhan kaum di negara kita.

(a)        Jelaskan tiga nilai yang sepatutnya diamalkan oleh segelintir rakyat tersebut.       [6 markah]
(b)        Nyatakan tindakan yang boleh diambil terhadap mereka itu berdasarkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.                                                                                                                        [1 markah]
(c)        Terangkan tiga sebab mereka patut dikenakan tindakan dalam soalan (b).            [3 markah]










2.         Kerajaan Malaysia memang menggalakkan penubuhan organisasi yang memberikan perkhidmatan sosial kepada masyarakat seluruhnya. Ini dapat memupuk nilai penglibatan diri dalam pembangunan negara.
(a)        Apakah maksud nilai penglibatan diri dalam pembangunan negara?                     [2 markah]
(b)        Huraikan empat faedah yang diperoleh jika seseorang individu melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan sosial.                                                                                                 [4 markah]
(c)        Terangkan empat kesan sekiranya tiada anggota sukarelawan dalam sesuatu program perkhidmatan sosial.                                                                                                          [4 markah]






3.        

(a)        Huraikan tiga nilai yang sepatutnya diamalkan oleh Encik Raymond.                    [6 markah]
(b)        Nyatakan dua tindakan yang sepatutnya diambil oleh Encik Raymond apabila tidak bersetuju dengan tindakan pegawai tersebut.                                                                                  [2 markah]
(c)        Berikan dua kesan tindakan Encik Raymond terhadap pegawai tersebut.              [2 markah]





 4.

 Rajah di atas menunjukkan perayaan keagamaan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
(a)        Nyatakan dua nilai yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.                                     [2 markah]
(b)        Berikan maksud satu nilai yang anda nyatakan dalam (a).                                    [2 markah]
(c)        Penduduk yang berbilang agama ini sentiasa hidup aman dan damai.
Jelaskan dua nilai lain yang diamalkan oleh penduduk Malaysia demi hidup berharmoni.   [6 markah]     

   

No comments:

Post a Comment