Nilai: Kasih sayang
Penerangan
nilai: Kepekaan dan perasaan cinta yang
mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas
1.
Ilmu boleh membantu manusia hidup sejahtera melalui
a)
ilmu teknologi maklumat
-penggunaan internet membolehkan kita
menggunakan e-mel untuk menghantar maklumat denganlebih cepat kepada seseorang
b)
ilmu sains perubatan
-dapat menghasilkan pelbagai kaedah
rawatan seperti teknik pembedahan untuk menyembuhkan penyakit
2.
Jika orang yang berilmu menggunakan ilmu untuk
kebaikan, kesannya ialah:
-dapat menjadikan dirinya seorang yang
berhemah tinggi
-dapat membantu kea rah kesejahteraan
hidup sejagat
3.
Jika orang yang berilmu menyalahgunakan ilmu yang
diperolehnya, kesannya ialah:
-hanya menipu dirinya sendiri dan
menjadikan dirinya hidup dalam kepura-puraan
-membawa kemudaratan kepada manusia dan
hidupan lain
4.
Manusia boleh memanfaatkan ilmu untuk mengekalkan
kehidupan makhluk lain dan pada masa yang sama dapat menikmati kemajuan dalam
pelbagai bidang dengan cara:
-menggunakan ilmu untuk kebaikan seperti
membuat penyelidikan kea rah membiakkan spesies haiwan yang hampir pupus
-memindahkan haiwan ke hutan lain (jika
kawasan terbabit terlibat dalam projek seperti pembinaan empangan)
-membuat kajian tentang baka dan benih
tumbuhan untuk tujuan peningkatan mutu
hasil ternakan atau tanaman
5.
Nilai kasih sayang dapat dilahirkan oleh individu yang
berilmu dengan menggunakan ilmunya ke arah kebaikan dirinya dan juga
masyarakat, bukannya menyalahgunakan ilmu yang dimilikinya.
6.
Kasih sayang bukanlah ditunjukkan kepada manusia dan
haiwan semata-mata, malah harus ditunjukkan juga dalam penjagaan alam sekitar.
This is for which form?
ReplyDelete