Sunday, June 22, 2014

UNIT 23 KERANAMU MALAYSIA

Nilai:  Sanggup berkorban untuk Negara
Penerangan nilai:  Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara

1.                 Cabaran dan ancaman negara yang memerlukan pengorbanan rakyat ialah:
~cabaran globalisasi
~kemelesetan ekonomi
~campur tangan kuasa luar

2.                 Kita perlu berkorban untuk negara kita supaya dapat mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan serta kemajuan yang kita kecapi pada hari ini.

3.                 Cara rakyat berkorban untuk :
a)mengatasi cabaran globalisasi/campur tangan kuasa asing
~meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang
~mempertahankan sistem sosial dan budaya kita daripada ancaman budaya negatif
b)menangani penjajahan alaf baru
~mematuhi ajaran agama
~menguasai ilmu yang bermanfaat
~mengukuhkan semangat jati diri
~bersemangat patiotik
c)meningkatkan produktiviti negara
~golongan pekerja perlu mengamalkan etika kerja untuk memajukan syarikat
~meningkatkan produktiviti supaya kita mampu bersaing di pasaran antarabangsa
~berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan

4.                 Kedaulatan negara akan terjamin jika rakyat sanggup berkorban kerana apa-apa sahaja ancaman akan dapat ditangkis.  Hal ini dapat dilakukan kerana kesanggupan rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada dicemar.

5.                 Pengorbanan seorang pelajar terhadap negara ialah :
~belajar bersungguh-sungguh
~menyumbang khidmat bakti dalam aktiviti kemasyarakatan

6.                 Pengorbanan yang perlu dilakukan oleh rakyat semasa kemelesetan ekonomi ialah :
~berjimat cermat dalam perbelanjaan
~menyokong kempen ‘Belilah Barangan Buatan Malaysia
~melancong dalam negeri

~tiada bonus untuk kakitangan kerajaan

No comments:

Post a Comment