Thursday, June 19, 2014

SOALAN ARAS TINGGI - BIDANG 1 (PERKEMBANGAN DIRI)

ARAS TINGGI (SOALAN):

1          Walaupun banyak ungkapan yang menekankan kepentingan menghargai masa, namun masih ramai remaja yang leka dengan keseronokan yang boleh memusnahkan diri dan masa depan mereka dan membiarkan usia remaja mereka berlalu tanpa ada matlamat dan wawasan. Mereka sanggup mengikut ajakan rakan-rakan untuk melakukan sesuatu yang menyeronokkan mereka walaupun mereka sedar perkara tersebut adalah bertentangan dengan agama ataupun undang-undang negara.
Jelaskan pandangan anda, mengapakah remaja kini sanggup bertindak demikian.
[10 markah]


2          Sikap para remaja hari ini amat membimbangkan. Sikap bersopan santun dan berbudi pekerti mulia bagaikan sudah luput daripada amalan harian mereka. Ibu bapa perlulah memainkan peranan penting bagi menanamkan nilai ini dalam kalangan anak-anak.
Jelaskan nilai yang perlu ditanamkan ke dalam diri remaja agar mereka bersikap lebih sopan dan menghormati ibu bapa.
[10 markah]


3          Kerajaan Malaysia banyak melaksanakan dasar-dasar negara seperti Dasar Pembangunan Negara (DPN) dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK ) untuk rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Bincangkan nilai-nilai yang perlu ada pada rakyat untuk menjayakan dasar-dasar tersebut.
[10 markah]


ARAS TINGGI (SKEMA JAWAPAN):


No comments:

Post a Comment