Sunday, June 22, 2014

UNIT 21 KEMAJUAN NEGARA, KEBANGGAAN RAKYAT

Nilai:  Cinta akan Negara
Penerangan nilai:  Perasaan saying dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan Negara melebihi kepentingan diri

1.       Contoh-contoh kejayaan negara dalam bidang:
a)ekonomi
~pertanian-kelapa sawit(marjerin,sabun, minyak masak)
~perlombongan-Petronas berjaya menggerudi minyak di perairan negara;bijih timah;emas
~perkhidmatan-insurans dan bank
~perindustirian-industri berat(kereta nasional);industri pembuatan
~binaan-menara berkembar Petronas; menara KLCC; Lapangan Terbang KLIA
b)sains dan teknologi
~projek Koridor Raya Multimedia
~pelancaran satelit MEASAT dan Tiungsat (agen yang diapung di angkasa bagi tujuan menerima, memproses dan memancar maklumat ke dunia)
~teleperubatan (perkhidmatan perubatan berorientasikan komputer)
~kad pelbagai guna (sekeping kad yang menawarkan pelbagai faedah perkhidmatan)
~sekolah bestari (persekolahan yang mengaplikasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas)
~rangkaian pengilangan sedunia (jaringan dalam kerja pengilangan secara bersama di serata dunia)
~pusat pemasaran tanpa sempadan (keadaan dan kemudahan pemasaran berasaskan maklumat melalui komputer di kalangan pengeluar dan pengguna di seluruh dunia)

2.       Kemajuan negara dalam pelbagai bidang membawa manfaat kepada rakyat.  Contohnya:
~perhubungan pengangkutan lebih cepat dan selesa
~sektor pembuatan meningkatkan kualiti dan kuantiti barangan untuk keperluan negara
~peningkatan taraf hidup dan wujudnya peluang pekerjaan
~komunikasi lebih pantas dan boleh bertindak dengan cepat

3.       Sikap masyarakat yang menyumbang ke arah kemajuan negara ialah:
~proaktif
~bersedia mempelajari ilmu baru
~menyokong dasar pembangunan kerajaan
~sentiasa bersatu dan bekerja dengan gigih dan jujur

4.       Cara rakyat menunjukkan rasa berterima kasih kepada kerajaan yang telah berjaya memajukan negara:
~menyokong usaha kerajaan untuk memajukan negara
~meningkatkan prestasi perkhidmatan sebagai pekerja
~mematuhi peraturan dan undang-undang negara
~mengekalkan keamanan Negara

5.       Cara pelajar dapat membantu memajukan negara:
~belajar dan menguasai ilmu yang bermanfaat
~menyokong dan mengambil bahagian dalam aktiviti pembangunan insan yang dianjurkan oleh negara
~memelihara diri supaya terhindar daripada gejala negatif
~menghayati Falsafah Pendidikan Negara dan merealisasikan misi sekolah
~mewujudkan persekitaran sekolah yang tenteram

6.       Ciri-ciri patriotisme Dato’Wan Muhammad Saman ialah:
~bertanggungjawab dan sedia berbakti untuk rakya dan negara
~mengharumkan nama negeri sebagai perintis dalam pembinaan saliran air
~tidak cepat mengalah ketika berhadapan dengan masalah

~memanfaatkan sumber alam untuk kepentingan rakyat tempatan

1 comment:

  1. Nota ini sangat membantu saya dalam mengulang kaji pelajaran

    ReplyDelete