ARAS RENDAH (SOALAN):
1.
(a) Huraikan
dua nilai yang anda mahu masyarakat amalkan. [4
markah]
(b) Nyatakan
tiga hak yang patut diberi kepada kanak-kanak. [3
markah]
(c) Berikan
tiga peranan yang anda boleh lakukan sebagai pemimpin negara bagi membantu
kanakkanak yang terabai. [3 markah]
2 Sejak
tertubuhnya Persatuan Keselamatan Sosial (PERKESO), banyak faedah baru telah
diperkenalkan di bawah skim perlundungannya untuk meningkatkan kesejahteraan
pekerja.
(a) Selain
nilai bertanggungjawab, berikan satu nilai yang diamalkan oleh PERKESO.
[1 markah]
(b) Berikan
maksud nilai yang terdapat di (a). [2 markah]
(c) Nyatakan
tiga faedah yang terdapat di bawah skim perlindungan PERKESO.
[3 markah]
(d) Senaraikan
empat jenis cuti yang boleh diambil oleh setiap pekerja berdasarkan Akta Kerja
1995. [4
markah]
3 Kerajaan
telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk golongan kurang berupaya (OKU).Walaupun
bagaimanapun, sesetengah kemudahan tersebut telah disalahgunakan oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab. Contohnya tempat letak kereta yang dikhaskan untuk OKU biasanya
akan dipenuhi dengan kenderaan mereka yang tidak cacat.
(a) Huraikan
satu nilai yang sepatutnya diamalkan oleh pihak yang menyalahgunakan kemudahan
tersebut. [2
markah]
(b) Berikan
tiga hak golongan tersebut yang perlu dihormati oleh semua pihak.
[3 markah]
(c) Nyatakan
tiga bidang yang boleh diceburi oleh golongan tersebut untuk meningkatkan taraf
hidup mereka. [3
markah]
(d) Berikan
dua peranan pihak swasta dalam membantu golongan tersebut hidup berdikari. [2 markah]
4.
(a) Nyatakan
dua nilai yang perlu diamalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna supaya kepentingan pengguna terjamin. [2
markah]
(b) Berikan
maksud satu nilai yang anda nyatakan dalam (a). [2 markah]
(c) Jelaskan dua nilai yang perlu ada pada seseorang pengguna
supaya dia menjadi pengguna yang bijak.
No comments:
Post a Comment