Sunday, June 22, 2014

UNIT 32 BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Nilai:  Penglibatan diri dalam pembangunan Negara
Penerangan nilai:  Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

1.  Kepentingan aktiviti perkhidmatan sosial kepada masyarakat ialah:
a)   meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti sosial yang memerlukan perkhidmatan sukarelawan
b)   memupuk kerjasama dan perpaduan antara anggota sukarela
c)    meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
d)   membantu meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan

2.  Di sekolah, aktiviti perkhidmatan sosial dijalankan melalui kegiatan kokurikulum iaitu:
-unit beruniform
-kelab-kelab seperti Kelab Interact, Kelab Leo
-persatuan-persatuan seperti persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Pendidikan Moral dan Kebajikan

3.  Faedah melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan sosial ialah:
a)   meningkatkan kemahiran diri tentang aktiviti yang dijalankan
b)   dapat mengetahui perkembangan yang berlaku dalam masyarakat
c)    memupuk kerjasama dan perpaduan sesame anggota sukarela dan masyarakat setempat
d)   berkhidmat untuk masyarakat dan Negara
e)    membangkitkan sikap prihatin dalam diri pelajar tentang kepentingan pembentukan masyarakat penyayang
4.  Contoh kes yang menunjukkan aktiviti perkhidmatan sosial kepada masyarakat dan Negara:
a)   menjadi ahli sukarelawan dalam Kejohanan Sukan Komanwel
b)   memghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam/peperangan/kebakaran
   
5.  Jenis khidmat sosial yang diperlukan oleh mangsa bencana alam/peperangan/kebakaran ialah
-memberi khidmat rawatan perubatan
-memberi khidmat sokongan moral
-memberi khidmat sumbangan kebendaan/kewangan

6.  Cara untuk menghulur bantuan kepada mangsa bencana alam/peperangan/kebakaran
        -sumbangan derma wang, pakaian, makanan
        -membantu menjadi sukarelawan mengurus kutipan derma
        -menyebarkan maklumat tentang mangsa tersebut kepada

masyarakat melalui internet atau media lain

3 comments: