Nilai: Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Penerangan
nilai: Menerima,menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan,adat dan
kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga
1.
Kepentingan mengekalkan tradisi kekeluargaan:
-dapat menyatupadukan anggota keluarga
-mengeratkan hubungan antara anggota keluarga
-supaya tradisi dalam keluarga tidak pupus ditelan zaman dan terus
diwarisi oleh generasi akan datang
-merupakan jambatan bagi menghubungkan generasi lama dan generasi baru
2.
Sebab tradisi kekeluargaan perlu dikekalkan:
-supaya dapat menyediakan seseorang individu untuk menghadapi cabaran
dan perubahan di luar rumah tangga
-untuk mengukuhkan institusi keluarga kerana anggota keluarga yang
mengamalkan tradisi kekeluargaan dapat menangkis sebarang pengaruh negatif yang
akan mengakibatkan keruntuhan keluarga
-tradisi kekeluargaan dapat menyumbang kea rah pembentukan masyarakat
yang harmoni dan bersepadu
3.
Tanggungjawab setiap anggota keluarga bagi mengekalkan
tradisi kekeluargaan:
-mengambil berat akan tradisi keluarga
-menegur anggota keluarga yang mengabaikan tradisi kekeluargaan
-mengamalkan tradisi
kekeluargaan sebagai cara hidup
No comments:
Post a Comment