Nilai: Menyayangi dan Menghargai alam sekitar
Penerangan
nilai: Kesedaran tentang perlunya
memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan
ekosistem
1.
Penghutanan semula bermaksud kegiatan atau proses
pengurusan hutan mapan dengan memelihara dan memulihara hutan. Kegiatan ini termasuklah menanam semula
pokok-pokok hutan yang telah ditebang dan mengawal kegiatan penerokaan hutan
sewenang-wenangnya.
2.
Penghutanan semula perlu dilakukan untuk menjamin:
a)
keseimbangan alam sekitar
b)
pengekalan hutan Negara
3.
Kepentingan hutan kepada alam sekitar ialah:
a)
membantu menyeimbangkan suhu
b)
menjadi habitat haiwan
c)
sumber makanan
d)
bekalan oksigen
e)
tempat penyimpanan air
4.
Peranan manusia bagi menjamin keseimbangan ekosistem
ialah:
a)
tidak melakukan kegiatan yang boleh menjejas alam
sekitar
b)
membantu kegiatan memelihara dan memulihara alam
sekitar
c)
melaporkan kepada pihak berkuasa jika mendapat tahu
terdapat kegiatan yang mengancam keseimbangan alam sekitar
5.
Langkah-langkah yang boleh diambil supaya hidupan liar
tidak pupus ialah:
a)
tidak melakukan penerokaan hutan secara berleluasa
b)
penguatkuasaan undang-undang pembalakan
c)
mengharamkan pemburuan haiwan yang dilindungi
No comments:
Post a Comment