Thursday, June 19, 2014

SOALAN ARAS TINGGI - BIDANG 6 (DEMOKRASI)

ARAS TINGGI (SOALAN):

1.     Anda mengikut keluarga anda melawat ke sebuah tempat beribadat. Anda dapati terdapat beberapa orang remaja sedang berbuat bising di situ dan mengganggu mereka yang sedang bersembahyang. Bapa anda menegur remaja ini dan meminta mereka jangan berbuat bising. Akan tetapi, remaja ini tidak menghiraukan teguran bapa anda, malah memarahinya dan meneruskan perbuatan mereka.
Wajarkah tindakan remaja ini? Jelaskan jawapan anda dengan merujuk kepada nilai-nilai murni.
                    [10 markah]


2.     Dua buah kapal tangki minyak milik negara S telah ditahan kerana melakukan pemindahan minyak secara haram di kawasan perairan negara M. Hasil siasatan mendapati kedua-dua kapal tersebut juga tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Huraikan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh pemilik kedua-dua kapal tangki minyak tersebut. Jawapan anda hendaklah disokong dengan penerangan dan contoh atau huraian yang sesuai.

 [10 markah]

ARAS TINGGI (SKEMA JAWAPAN):


No comments:

Post a Comment