ARAS SEDERHANA (SOALAN):
1 Encik
Sundaram dalam ucapannya sempena Minggu Patriotisme telah menyeru rakyat
Malaysia supaya menghormati dan berbangga dengan kepelbagaian agama dan budaya
yang terdapat di Malaysia.
(a) Jelaskan
dua nilai yang ingin diterapkan melalui ucapan Encik Sundaram itu.
[4 markah]
(b) Berikan
tiga keunikan yang terdapat dalam budaya rakyat Malaysia yang dapat
dibanggakan. [3 markah]
(c) Andaikan
anda Encik Sundaram. Cadangkan tiga aktiviti yang boleh dijalankan sempena Minggu
Patriotisme untuk memupuk rasa bangga terhadap kepelbagaian agama dan budaya
masyarakat Malaysia. [3
markah]
2 Encik Y
warganegara Malaysia yang menjadi wartawan di sebuah akhbar asing telah menulis
sebuah artikel memburuk-burukkan kerajaan Malaysia. Tindakannya itu akan
menjejaskan kedaulatan dan maruah negara.
(a) Jelaskan
tiga nilai yang patut diamalkan oleh Encik Y sebagai warganegara Malaysia.
[6 markah]
(b) Huraikan
empat cara yang boleh dilakukan oleh Encik Y sebagai seorang wartawan untuk
mendaulatkan negara Malaysia. [4
markah]
3 Mohanadas
Nagappan dan Magendran Munusamy telah berjaya menakluk puncak Gunung Everest.
(a) Jelaskan
dua nilai yang ditunjukkan oleh kedua-dua pendaki itu. [4 markah]
(b) Berikan
maksud satu nilai di atas.
[2 markah]
(c) Terangkan
empat cara anda dapat mengharumkan imej dan nama negara di peringkat
antarabangsa.
[4 markah]
4 Malaysia
telah maju dalam industri berat dengan menghasilkan kereta tempatan. Rakyat
Malaysia berasa kagum akan kemampuan negara mengeksport kereta-kereta keluaran
tempatan yang dapat bertanding dengan kereta-kereta luar negara. Rakyat
Malaysia juga tidak lagi bergantung kepada negara luar untuk mengembangkan
industri ini. Mereka berusaha sendiri dengan tekun dan dedikasi untuk membawa
kereta keluaran tempatan ke pasaran luar negara.
(a) Jelaskan
tiga nilai yang ada pada rakyat Malaysia. [6
markah]
(b) Berikan
empat implikasi sekiranya negara kita masih bergantung kepada negara luar.
[4 markah]
ARAS SEDERHANA (SKEMA JAWAPAN):
No comments:
Post a Comment