Thursday, June 19, 2014

SOALAN ARAS SEDERHANA - BIDANG 7 (KEAMANAN DAN KEHARMONIAN)

ARAS SEDERHANA (SOALAN):

1.         “Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyahut cabaran dan sanggup menjayakan Wawasan 2020 dengan melengkapi diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran, saling membantu, bekerjasama, dan hidup dalam keadaan harmoni.”
(a) Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan tiga nilai yang perlu ada pada rakyat Malaysia. [6 markah]
(b) Nyatakan empat cabaran dalam Wawasan 2020. [4 markah]


2.         Dua buah negara ASEAN, iaitu negara Y dan negara Z sedang berebut hak milik pesisiran pantai yang kaya dengan sumber galian. Untuk menyelesaikan masalah tersebut tanpa menjejaskan hubungan baik dengan negara Z, Perdana Menteri negara Y telah mengadakan rundingan dan perbincangan antara kedua-dua negara tersebut.
(a) Jelaskan dua nilai murni yang ada pada Perdana Menteri negara Y.  [4 markah]
(b) Terangkan tiga ciri yang perlu ada pada pemimpin-pemimpin negara ASEAN untuk mewujudkan suasana saling menghormati.   [3 markah]
(c) Sarankan tiga cadangan yang boleh dilakukan oleh negara-negara anggota ASEAN untuk memelihara hubungan baik antara anggotanya. [3 markah]


3.

(a) Jelaskan dua nilai yang terpancar melalui perjuangan NAM.  [6 markah]

(b) Huraikan dua sebab kita perlu menyelesaikan masalah melalui rundingan dan timbang tara. [4 markah]


4. Pihak polis Malaysia dan negara Thai telah berganding bahu mengadakan rondaan di sekitar sempadan mereka untuk mencegah penyeludupan.
(a) Terangkan dua nilai yang diamalkan oleh kedua-dua buah negara tersebut.           [6 markah]
(b)  Jelaskan dua kebaikan lain yang dinikmati melalui kerjasama tersebut.                 [4 markah]

ARAS SEDERHANA (SKEMA JAWAPAN):


(b)  i. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram, dan maju [1m]
     ii. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang [1m]
    iii. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika [1m]
    iv. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur [1m]
     v. Mewujudkan masyarakat yang saintifi k dan progresif [1m]
    vi. Mewujudkan masyarakat penyayang [1m]
   vii. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi [1m]
  viii. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing dinamik, giat, dan kental [1m]
                                                                                                                         [pilih mana-mana 4]



3 comments: