Nilai: Melindungi hak pengguna
Penerangan
nilai: Membela dan memelihara hak
individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta
barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi
1. Sesetengah pengguna mudah dieksploitasi oleh
peniaga
yang
tidak bertanggungjawab kerana:
~pengguna tidak mengetahui tentang hak dan
kewajipan mereka sebagai pengguna
~sikap pengguna yang tidak mengambil berat akan hak-hak mereka
~sikap pengguna yang kurang mengambil
tahu tentang fungsi-fungsi sesebuah pertubuhan pengguna
2. Antara
contoh yang menunjukkan pengguna telah dieksploitasi ialah:
~pengeliruan dari segi perlabelan tanda halal dan haram pada barangan
~sukatan atau timbanganyang tidak mencukupi seperti yang diminta
~tindakan sesetengah peniaga yang menyorokkan barangan dengan tujuan
untuk menaikkan harga barangan tersebut
~membuat perlabelan barangan yang tidak lengkap
~menjual
makanan yang tidak berkhasiat dan boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak
3. Pihak yang bertanggungjawab membela hak
pengguna:
~pengguna sendiri, orang awam,
pertubuhan pengguna, agensi kerajaan
4.Pengguna
dapat memastikan barangan atau perkhidmatanyang diterima berada dalam keadaan
baik dan bermutu dengan cara:
~melengkapi diri dengan ilmu
kepenggunaan
~menyuarakan pendapat dan menuntut
layanan yang adil
~menuntut ganti rugi daripada pemilik
kedai yang menjual barangan itu
~membuat aduan kepada persatuan pengguna
dan agensi kerajaan
5.Fungsi pertubuhan pengguna:
~membolehkan setiap pengguna memahami
hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna sama ada individu,masyarakat dan
Negara
~mendidik masyarakat pengguna supaya
berilmu dan tahu menggunakan hak-hak mereka sebagai seorang pengguna yang bijak
~mengatur dan menjalankan pelbagai
aktiviti ke arah memberi pendidikan kepenggunaan kepada masyarakat
6. Cara
pertubuhan pengguna membantu membela hak pengguna ialah dengan:
~menggerakkan aktiviti kepenggunaan
melalui kelab-kelab pengguna sekolah menengah
~mengadakan pameran tentang fungsi
pertubuhan pengguna dan peranan pengguna
~bertindak sebagai sekretariat tetap iaitu pengguna boleh membuat aduan
mengenai isu-isu atau masalah yang berkaitan dengan hal-hal kepenggunaan dan
kemudiannya mengemukakan aduan tersebut kepada Majlis Hal-Ehwal Pengguna
Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
~mengadakan gerakan seperti ceramah, forum, dialog,
seminar,perbincangan, pertukaran serta sebaran maklumat untuk menyampaikan
maklumat secara terus dan dapat dimanfaatkan oleh pengguna
👍👍👍
ReplyDeleteApakah kesan atas negara sekiranya eksploitasi pengguna oleh pengeluar Dan penjual tidak dihalang
ReplyDelete