Sunday, June 22, 2014

UNIT 20 ALAM SEKITAR BERKUALITI, TANGGUNGJAWAB SEMUA

Nilai:  Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Penerangan nilai:  Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengn alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya

Peranan pelbagai pihak dalam menjaga kualiti alam sekitar
1.    Peranan Jabatan Alam Sekitar [JAS]
a.          menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar 1988
b. memastikan keunikan, kepebagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan

2.    Peranan agensi bukan kerajaan
a.              World Wildlife Fund [WWF]
i.   membuat bantahan terhadap projek yang menjejaskan kualiti alam sekitar
ii.  mengadakan kempen meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar yang bersih
iii. mengadakan rundingan dengan majlis kerajaan tempatan dan phak swasta untuk meningkatkan kualiti alam sekitar
b.              Green Peace
i.   membantah penggunaan ujian nuklear
ii.  membantah pemusnahan hutan untuk tujuan pembalakan, pembinaan empangan dan industri
iii.membantah tindakan menjalankan industri memproses daging ikan paus untuk dieksport

3.    Kehijauan alam sekitar
a.          Faktor yang mejejaskan kehijauan alam sekitar
i.   sikap manusia yang tidak bertanggungjawab
ii.  kurang kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar
b.          Usaha untuk mengekalkan kehijauan alam sekitar oleh
i.   Pihak Kerajaan
    ~          menguatkuasakan undang-undang
    ~          mengadakan kempen menanam pokok
                                    ~  mengadakan pendidikan alam sekitar kepada
pelajar di sekolah
ii.  Pihak Swasta
                    ~       menaja program menghijaukan alam sekitar
iii.Masyarakat
~   tidak melakukan kegiatan yang mejejaskan kehijauan alam sekitar
~   menceriakan kawasan di sekeliling dengan menanam pokok

4.           Sumbangan saya dalam meningkatkan kualiti alam sekitar ialah:
~turut serta dalam kempen yang diadakan di sekolah
~melaporkan kepada pihak berkenaan jika mengetahui ada pihak yang melakukan pencemaran

5.           Langkah-langkah untuk meningkatkan kebersihan dan keceriaan kawasan tempat tinggal ialah:
~membersih kawasan dengan menyapu sampah, menanam tin-tin dan botol-botol kosong, mencuci longkang
~menceriakan kawasan dengan menanam pokok-pokok, membina landskap yang menarik
~membaik pulih dan membersih kawasan taman permainan kanak-kanak

6.           Orang yang bertanggungjawab terhadap pencemaran udara ialah:
~individu
~pemilik kenderaan bermotor
~pemilik kilang

7.           Sebab masalah pencemaran masih berlaku ialah
~sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dan kurang kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar


8.           Masalah pencemaran boleh ditangani melalui pendidikan di sekolah kerana pelajar diberi kesedaran tentang punca pencemaran, akibat pencemaran dan langkah-langkah untuk mengelakkan pencemaran pada usia yang muda lagi.  Melalui pendedahan dan kesedaran tersebut, kita dapat mendidik mereka supaya menjauhi kegiatan yang boleh mencemarkan alam sekitar.


3 comments: