Nilai: Sikap keterbukaan
Penerangan
nilai: Bersedia memberi dan menerima
pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan norma masyarakat Malaysia
1.
Seseorang itu perlu bersikap terbuka dalam menerima
nasihat, teguran dan kritikan kerana :
a)
setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan
b)
setiap manusia perlu memperbaiki kelemahan dan
kesilapan yang ada pada mereka
2.
Antara faedah mengamalkan sikap keterbukaan ialah:
a)
mudah didekati dan diajak berbincang
b)
dapat membentuk remaja menjadi insan yang lebih baik
c)
dapat membentuk sikap yang tidak mementingkan diri
sendiri
d)
bersedia dengan hati yang terbuka untuk mendengar
pandangan dan kritikan orang lain terhadap diri sendiri
3.
Mereka yang tidak mahu menerima kritikan dan nasihat
daripada orang lain ialah orang yang
a)
tidak bersikap positif terhadap nasihat, teguran dan
kritikan yang diterima
b)
tidak mahu memperbaiki kelemahan diri
c)
sentiasa fakir mereka betul dan lebih berpengalaman
dan orang lain semuanya salah
4.
Contoh bersikap terbuka terhadap
a)
anggota keluarga
-menerima teguran daripada ibu bapa dengan hati yang terbuka
-tidak menyimpan dendam terhadap ibu/bapa/anggota keluarga
-bersedia memperbaiki diri dan memastikan kesalahan itu tidak berulang
lagi
b)
pihak sekolah
-menerima hukuman yang dijatuhkan oleh pihak sekolah dengan rela jika
melakukan kesalahan
-memahami bahawa setiap kesalahan perlu ada hukumannya
c)
masyarakat
-memperlahankan bunyi radio apabila ditegur oleh jiran
-menerima keputusan yang dibuat oleh masyarakat untuk kepentingan
bersama
5.
Pelajar yang bersikap terbuka ialah pelajar yang
cemerlang kerana:
a)
pelajar itu sanggup menerima teguran dan nasihat
b)
mudah untuk memperbaiki dirinya dalam segala
aspek-sahsiah, kokurikulum,akademik
c)
dapat menangani cabaran hidup dengan baik
6.
Tindakan yang menunjukkan sikap keterbukaan dalam
kehidupan seharian:
a)
boleh menerima teguran dengan baik
b)
sudi meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan
c)
boleh mengambil untuk membaiki keadaan/tidak akan
mengulangi kejadian yang sama lagi
Hello mis..nak tanya klu sikap terbuka dlm kalangan pejabat pula mcm mna ya
ReplyDeleteHello, kalau sikap terbuka gagal mengamalkan sikap keterbukaan
ReplyDeleteKalau sikap keterbukaan dalam dewan perbicaraan mcm mana pula
ReplyDelete