Sunday, June 22, 2014

UNIT 3 REMAJA BERMATLAMAT, HIDUP CEMERLANG

Nilai:  Harga diri
Penerangan nilai:  Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

1.      Remaja perlu menentukan matlamat hidup mereka kerana penentuan matlamat hidup dapat:
-menjamin kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran
-memastikan kejayaan yang dinikmati oleh seseorang berterusan

2.      Perkara-perkara yang boleh menjejaskan harga diri seseorang ialah:
-berpakaian tidak sopan, bercakap kasar, mudah terpengaruh dengan perkara negatif, terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral, sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk perbuatan yang menyalahi undang-undang demi memastikan kehendak tercapai

3.      Seseorang itu dapat menjaga harga dirinya dalam sebarang keadaan dengan cara:
-meningkatkan ilmu pengetahuan
-percaya kepada keupayaan dan kebolehan diri
-bergaul dengan orang yang bermoral tinggi
-membina pendirian atau iman yang teguh

4.      Ciri-ciri yang ada pada seseorang yang mempunyai harga diri yang tinggi ialah seperti yang berikut:

-penyabar, berilmu, tenang menghadapi masalah, pemaaf, menunaikan janji, berkeyakinan terhadap diri sendiri, tidak menyakitkan hati orang lain


2 comments: