BIDANG 1
|
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
|
|
1.1
|
Kepercayaan kepada Tuhan
|
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai
pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama
masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara.
|
1.2
|
Amanah
|
Sikap
bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
|
1.3
|
Harga Diri
|
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu
memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan
|
1.4
|
Bertanggungjawab
|
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul
dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
|
1.5
|
Hemah Tinggi
|
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia
dalam pergaulan seharian
|
1.6
|
Toleransi
|
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan
mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan
faham demi kesejahteraan hidup
|
1.7
|
Berdikari
|
Kebolehan dan kesanggupan melakukan
sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
|
1.8
|
Kerajinan
|
Usaha yang berterusan penuh dengan
semangat ketekunan , kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam
melakukan sesuatu perkara
|
1.9
|
Kasih Sayang
|
Kepekaan dan perasaan cinta yang
mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
|
1.10
|
Keadilan
|
Tindakan dan keputusan yang saksama
serta tidak berat sebelah
|
1.11
|
Rasional
|
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan
bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
|
1.12
|
Kesederhanaan
|
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan
tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
|
BIDANG 2
|
NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN
|
|
2.1
|
Kasih Sayang
terhadap keluarga
|
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang
mendalam dan berkekalan terhadap keluarga
|
2.2
|
Hormat dan taat kepada anggota keluarga
|
Memuliakan setiap anggota keluarga
dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan
keluarga yang bahagia
|
2.3
|
Mengekalkan tradisi
kekeluargaan
|
Menerima,
menghormati, mengamalkan adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun
temurun dalam keluarga
|
2.4
|
Tanggungjawab
terhadap keluarga
|
Kewajipan
yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk
melahirkan keluarga bahagia,
meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga
|
BIDANG 3
|
NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
|
|
3.1
|
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
|
Kesedaran tentang perlunya memelihara
dan memulihara alam sekeliling untuk
mengekalkan keseimbangan ekosistem.
|
3.2
|
Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
|
Keadaan saling memerlukan hubungan yang
harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan
manusia dan alam sekeliling terpelihara
|
3.3
|
Kemapanan alam sekitar
|
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling
sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup
|
3.4
|
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
|
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan
dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya
|
BIDANG 4
|
NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
|
|
4.1
|
Cinta akan negara
|
Perasaan sayang dan bangga kepada negara
serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
|
4.2
|
Taat setia kepada raja dan negara
|
Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan
Negara
|
4.3
|
Sanggup berkorban
untuk negara
|
Kerelaan melakukan atau menyerahkan
sesuatu sebagai tanda berbakti untuk negara
|
BIDANG 5
|
NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA
|
|
5.1
|
Melindungi hak
kanak-kanak
|
Membela, memberi naungan dan memelihara
hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna
|
5.2
|
Menghormati hak wanita
|
Melindungi dan mengiktiraf wanita
sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,
masyarakat dan negara
|
5.3
|
Melindungi hak
pekerja
|
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf
perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara
|
5.4
|
Menghormati hak
golongan kurang berupaya
|
Memberi layanan yang sopan kepada
golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka
sebagai insan ciptaan tuhan
|
5.5
|
Melindungi hak
pengguna
|
Membela dan memelihara hak individu
untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan
yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi
|
BIDANG 6
|
NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI
|
|
6.1
|
Mematuhi peraturan dan undang-undang
|
Menerima dan mematuhi peraturan dan
undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana
seseorang itu berada
|
6.2
|
Kebebasan bersuara
|
Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah
fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
|
6.3
|
Kebebasan beragama
|
Kebebasan setiap individu menganuti dan
mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia
|
6.4
|
Penglibatan diri dalam pembangunan Negara
|
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam
pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang
dan perlembagaan Malaysia
|
6.5
|
Sikap keterbukaan
|
Bersedia memberi dan menerima pandangan,
pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat
Malaysia
|